Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

SP Setia Bhd catatkan keuntungan bersih RM52.83 juta


Tarikh kemaskini: 09/05/2019





KUALA LUMPUR,9 Mei (Bernama) -- SP Setia Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah sebanyak RM52.83 juta dalam suku pertama berakhir 31 Mac 2019  berbanding RM61.49 juta pada tempoh yang sama tahun lepas. 

Pemaju hartanah itu dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini berkata hasil meningkat kepada RM864.91 juta daripada RM655.50 juta sebelum ini. 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Khor Chap Jen berkata kumpulan telah memperolehi RM718 juta jualan pada suku kali ini dengan projek-projek tempatan menyumbang RM678 juta atau 94 peratus daripada jumlah jualan. 

Menurut beliau lagi, projek antarabangsa menyumbang RM40 juta dalam jualan.

“Walaupun pasaran hartanah masih terencat, terdapat permintaan yang kukuh bagi kediaman atas tanah daripada bakal pembeli yang ingin menetap di perbandaran yang mantap. 

“'Pelancaran Clarino, rumah teres dua tingkat berharga daripada RM649,000 dalam kawasan Alam Impian yang sudah matang pada Mac lalu, menerima sambutan yang menggalakkan selepas ia meraih kadar ambilan 98 peratus dalam tempoh hanya satu bulan,” katanya dalam satu kenyataan berasingan.

Beliau menambah bahawa sikap 'tunggu dan lihat' terus diamalkan pembeli yang masih menunggu petunjuk positif untuk pasaran hartanah pulih kembali. 

“Kami mempunyai banyak rancangan membabitkan pelbagai produk, kebanyakannya tertumpu kepada hartanah kediaman, kami akan membuat lebih banyak pelancaran sebaik sahaja pasaran mencerminkan pemulihan," katanya. 

Untuk sebahagian baki tahun kewangan, kumpulan telah merancang pelancaran yang bernilai RM6.47 bilion secara keseluruhan, terutamanya di Lembah Klang (RM4.65 bilion) dan Johor (RM1.12 bilion).

Pelancaran utama yang dirancang di Johor adalah Setia Tropika, Bukit Indah Johor, Setia Eco Gardens dan Taman Industri Jaya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel