Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Timbalan pengarah DBKL ditahan SPRM


Tarikh kemaskini: 09/05/2019





KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) --  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang timbalan pengarah jabatan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), di sebuah hotel di sini awal pagi ini, kerana disyaki terbabit dengan kesalahan rasuah.

Difahamkan lelaki itu ditahan kerana disyaki menerima wang suapan daripada kontraktor bagi meluluskan projek membabitkan agensi berkenaan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya menemui sejumlah wang dianggarkan RM1 juta di kediaman lelaki itu, namun perkara itu masih dalam siasatan.

“Turut ditahan ialah lima individu bukan petugas DBKL yang disyaki terlibat dengan aktiviti rasuah yang membabitkan agensi sama. Permohonan reman terhadap enam individu itu akan dibuat hari ini,” katanya ketika dihubungi BERNAMA.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

UniSZA muncul universiti rujukan manuskrip digital pertama di Malaysia

 
     

Masalah kemiskinan di Kelantan masih serius

 
     

Sarawak alu-alukan siasatan SPRM - Abdul Karim

 
     

Tambak laut: Anwar akan bertemu Ketua Menteri untuk bincang

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel