Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Belum ada calon sesuai untuk jawatan pengarah MSN NS - MB


Tarikh kemaskini: 09/05/2019




SEREMBAN, 9 Mei (Bernama) -- Kerajaan negeri belum mendapat calon yang sesuai untuk mengisi jawatan Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Negeri Sembilan selepas kontrak penyandang, Fouzee Abd Aziz tamat pada 30 Nov tahun lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, walaupun jawatan kosong itu diklankan namun kerajaan negeri belum mendapat calon yang berkaliber, komited, memahami bidang sukan serta mahir daripada aspek pengurusan untuk menggalas tanggungjawab itu.

Beliau berkata pelantikan calon untuk mengisi jawatan itu perlu disegerakan bagi mempersiapkan kontinjen negeri menghadapi temasya Sukan Malaysia (Sukma) di Johor tahun depan serta rancangan negeri untuk menjadi tuan rumah temasya itu pada 2024.

“ Memandangkan perancangan yang diatur, kita memerlukan seorang calon yang cukup berwibawa, “ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Negeri Sembilan menjadi tuan rumah sukan dwitahunan itu pada 2004 dan selepas Johor tahun depan, Kelantan berhasrat menjadi tuan rumah edisi ke-21 pada 2022.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kedah perkasa kedudukan dalam industri kertas teknologi hijau

 
     

Wabak coronavirus tidak jejas tahun melawat Johor -- Exco pelancongan

 
     

Ibu tunggal didakwa bunuh anak sendiri

 
     

Tiada rancangan laksanakan kajian mansuh butiran agama pada kad pengenalan - KDN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel