Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MITI mahu wujud ekosistem inovasi untuk jayakan transformasi digital - Darell


Tarikh kemaskini: 09/05/2019





KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menyasar untuk mewujudkan ekosistem inovasi bagi membolehkan transformasi digital yang lancar untuk sektor perniagaan di Malaysia, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana.

Menterinya, Datuk Darell Leiking berkata ia dapat dilakukan dengan menarik penyertaan pertubuhan dan pelaburan daripada gergasi teknologi multinasional terkemuka seperti syarikat teknologi komputer multinasional Amerika Syarikat (AS), Oracle Corp, di pasaran tempatan.

"Pelaburan berterusan Oracle di Malaysia adalah tanda keyakinan daripada syarikat multinasional terhadap potensi negara bagi pertumbuhan ekonomi yang teguh," katanya.

Dalam ucap tama beliau pada pelancaran Hab Penyelesaian Awan Oracle, di sini, hari ini, Darell berkata ketika Malaysia terus memanfaatkan trend peningkatan pelaburan swasta dan dasar kerajaan yang mesra perniagaan, akan wujud lebih banyak lagi inovasi dan peluang pekerjaan.

"Penubuhan Hab Penyelesaian Awan Oracle akan terus meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai hab digital utama di Asia Tenggara.

"Pencapaian luar biasa ini berjaya dicapai hasil daripada kerjasama erat antara MITI, agensi kami iaitu InvestKL, dan kementerian serta agensi berkaitan lain," katanya.

Beliau berkata hub penyelesaian awan bukan sahaja akan membantu perniagaan di Malaysia memanfaatkan teknologi baharu, ia juga akan memberi peluang kepada generasi akan datang untuk membangunkan kemahiran dan pengetahuan mereka dalam teknologi baharu.

"Penubuhan Hab Penyelesaian Awan Oracle akan memberikan lebih banyak penyelesaian inovatif yang direka untuk kapal pelayaran dan aplikasi digital lain.

"Ini termasuk penyelesaian bersepadu yang melibatkan gabungan teknologi baru seperti Blockchain, Objek Rangkaian Internet (IoT) dan pembelajaran mengenai mesin untuk memacu nilai dan pertumbuhan perniagaan, semuanya akan menyumbang kepada kesediaan digital Malaysia bagi Industri 4.0," kata Darell.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kedah perkasa kedudukan dalam industri kertas teknologi hijau

 
     

Wabak coronavirus tidak jejas tahun melawat Johor -- Exco pelancongan

 
     

Ibu tunggal didakwa bunuh anak sendiri

 
     

Tiada rancangan laksanakan kajian mansuh butiran agama pada kad pengenalan - KDN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel