Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Johor pastikan sukan beri pulangan besar kepada pendapatan negeri


Tarikh kemaskini: 10/05/2019





KLUANG, 10 Mei (Bernama) -- Kerajaan Johor akan menjadikan sektor sukan di negeri ini sebagai satu industri yang mampu memberikan pulangan besar kepada pendapatan Johor pada masa akan datang.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Sheikh Umar Bagharib Ali berkata ia selaras dengan penubuhan Sports Johor yang berperanan sebagai satu badan menyelaras pembangunan sukan.

Beliau berkata Johor sangat istimewa kerana berjiran dengan Singapura, yang mana negeri ini boleh mengambil kesempatan berkenaan bagi menarik kedatangan rakyat republik itu untuk menggunakan pelbagai fasiliti sukan di negeri ini.

"Buat masa ini kita (Johor) mempunyai beberapa fasiliti sukan yang terbaik di Asia Tenggara termasuk bagi sukan memanah, yang mana ianya agak rugi sekiranya tidak dimanfaatkan menjadi sumber pendapatan seterusnya menjadi satu industri di rantau ini.

"Kita perlu menjadikan contoh dua negeri iaitu Selangor yang menjadikan sukan sebagai bidang hiburan manakala Perak pula menjadikannya sebagai pelancongan bagi menarik lebih ramai lagi pengunjung datang ke negeri mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Program Ihya Ramadan Harapanku@Komuniti dan Solat Tarawih di Masjid Felda Kahang Barat, di sini, malam tadi yang dirasmikan Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Menurut Sheikh Umar, berkaitan penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) 2020, ia adalah pemula atau ‘blue print’ kepada Pelan Sukan Johor 2020-2030 yang akan menjadi peneraju kepada 'sukan sebagai industri'.

Katanya, untuk menjayakan Sukma, pelbagai fasiliti terbaik dibina atau dinaik taraf dan kini ianya telah 50 peratus siap menjelang sukan berkenaan tahun hadapan.

"Berkenaan Sukma ini, kerajaan negeri telah menerima khabar gembira apabila Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi memberikan reaksi positif untuk bekerjasama.

"Berkenaan venue pula, setakat ini tiada perubahan dan kini kita akan teruskan sahaja perancangan yang telah direncanakan sejak tahun 2017 lagi, dan ketika itu jugalah Sports Johor ditubuhkan,” katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel