Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

500 unit mesin judi komputer bernilai RM500,000 dilupus


Tarikh kemaskini: 10/05/2019





KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) -- Kira-kira 500 unit mesin judi komputer dianggarkan bernilai lebih RM500,000 dilupuskan di kawasan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Supt Mohd Zaid Hassan berkata pelupusan mesin judi yang dirampas dalam pelbagai operasi dan tangkapan di daerah itu, melibatkan 26 kertas siasatan sejak 2016.

“Pihak kami telah mendapat arahan daripada pihak mahkamah dan pejabat timbalan pendakwa raya untuk melupuskan mesin-mesin judi lama ini yang membabitkan siasatan yang telah selesai.

Kesemuanya membabitkan kira-kira 500 mesin judi seperti mesin judi simulator dan telefon tablet yang disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata ‘trend’ bermain judi menggunakan mesin judi simulator semakin berkurangan sekarang berbanding judi secara dalam talian menggunakan telefon pintar dan telefon tablet yang lebih canggih dan mudah diakses.

“Kemungkinan rampasan (mesin judi) juga akan menurun kerana penggunaan gajet-gajet ini yang lebih kecil. Kecanggihan teknologi juga diguna pakai oleh sindiket-sindiket perjudian ini untuk mengaburi pihak berkuasa,” katanya dan menambah polis akan terus membuat pemantauan menangani masalah perjudian.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     

Sambutan filem 'Garang - Aku Luar Biasa' mengenai atlet paralimpik kurang memberangsangkan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel