Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penoreh getah mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap anak tiri perempuan


Tarikh kemaskini: 10/05/2019





SEREMBAN, 10 Mei (Bernama) -- Seorang penoreh getah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak tiri perempuannya berusia 16 tahun pada 27 April lepas. 

Tertuduh Mohamad Tawfeq Ibrahim, 27, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Junaidah Mohd Isa sebaik selepas pertuduhan dibacakan kepadanya. 

Mohamad Tawfeq dituduh melakukan amang seksual terhadap anak tiri perempuannya berumur 16 tahun dengan menyentuh bahu sebelah kanan mangsa dengan mengungkapkan kata-kata berunsur seksual kepadanya pada kira-kira pukul 10.35 malam 27 April lepas, di sebuah rumah di Air Putih, Johol, dalam daerah Jempol.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dihukum sebat. 

Timbalan Pendakwa Raya Norshazwani Ishak memohon mahkamah agar tidak membenarkan tertuduh diikat jamin, namun sekiranya mahkamah bersetuju untuk memberikan jaminan, beliau memohon agar dikenakan jaminan tinggi dengan syarat-syarat tambahan. 

Tertuduh dalam rayuannya pula memohon dikenakan jaminan rendah kerana isterinya sedang hamil dan dia tidak bekerja serta perlu menjaga seorang lagi anak tiri.

Junaidah kemudian membenarkan tertuduh diiikat jamin RM7,000 dengan syarat tambahan dia tidak dibenarkan menghampiri mangsa dan tidak boleh tinggal serumah dengan mangsa.

Hakim juga memintahkan tertuduh melaporkan diri di balai polis berhampiran selain hadir ke mahkamah sehingga perbicaraan selesai.

Kes akan disebut semula kes pada 17 Jun.

-- BERNAMA 


 

   

 
 
     
   
 

FAMA rancang bangunkan tanah wakaf dengan tanaman durian

 
     

Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut belum siap sepenuhnya - Chow

 
     

Geran usahawan hanya untuk yang benar-benar layak - Mohd Redzuan

 
     

Yong bercuti, beri tumpuan kepada perbicaraan kes rogol

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel