Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penekanan konsep berdikari dalam model baharu Felda - MPNF


Tarikh kemaskini: 10/05/2019





PETALING JAYA, 10 Mei (Bernama) -- Konsep berdikari perlu diberi penekanan dalam pelaksanaan model baharu Felda yang digariskan di dalam  Kertas Putih Felda, kata Majlis Permuafakatan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Felda (MPNF).

Pengerusinya Datuk Mazlan Aliman berkata penekanan itu penting bagi mengurangkan kebergantungan peneroka kepada kerajaan dalam menjana pendapatan serta menanam rasa tanggungjawab peneroka muda untuk menyambung legasi generasi terdahulu.  

“Konsep berdikari tu harus dijadikan ‘point’ penting dalam model baharu, dan kita bersetuju bahawa antara aspek yang perlu diberi penekanan adalah melalui koperasi dan ini disentuh dalam kertas putih.

“Pemain koperasi sedia ada kebanyakannya uzur dan lanjut usia maka kita boleh pulihkan atau jenamakan semula koperasi yang diterajui generasi muda agar menjadi entiti yang lebih kuat,” katanya pada  sidang media di sini hari ini. 

Kertas Putih Felda yang dibentangkan di Parlimen,10 April lepas antara lain mencadangkan satu model perniagaan baharu pengurusan ladang Felda dan jaminan bantuan kebajikan bagi golongan peneroka tanah rancangan itu.

Menerusi model baharu itu, Felda akan menyuntik tenaga baru dan mengoptimumkan potensi untuk maju dan memodenkan industri pertanian.

-- BERNAMA  


 

   

 
 
     
   
 

KYP Advanced Skills dialukan dalam penubuhan De' Royal Azizah Culinary School

 
     

Pindaan kaedah ujian memandu untuk laksanakan e-testing - Loke

 
     

Kejayaan sesuatu penyampaian diukur kepuasan pelanggan - Aminuddin

 
     

Pasukan bola sepak Sabah, peserta Unduk Ngadau sertai perarakan Hari Kebangsaan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel