Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

33 orang ditahan dalam Ops Noda


Tarikh kemaskini: 10/05/2019





KUALA LUMPUR 10 Mei (Bernama) -- Seramai 25 wanita warga asing dalam lingkungan usia 20 hingga 40-an serta lapan warga tempatan membabitkan penjaga premis serta pekerja ditahan menerusi Ops Noda oleh sepasukan polis di Klang dan Puchong, malam hari Khamis.

Kesemua 33 orang itu ditahan dalam dua serbuan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Dalam satu kenyataan, Pegawai Turus D7 Selangor DSP Azmi Shukor berkata warga asing yang ditahan terdiri daripada 16 warga Vietnam, lapan warga Indonesia, serta seorang warga Thailand.

"Serbuan pertama dilakukan pada pukul 9.15 malam tadi di Jalan Batu Tiga, Klang membawa tangkapan seramai sembilan individu termasuk empat wanita warga asing. 

“Manakala, serbuan kedua pada pukul 1 pagi di Bandar Puteri Puchong, Puchong, seramai 24 individu diberkas termasuk 21 wanita warga asing,” katanya dalam kenyataan itu.

Azmi berkata, premis berkenaan didakwa menawarkan khidmat seks dengan harga RM130 hingga RM150.

Tambahnya lagi, pihaknya turut merampas beberapa barang dipercayai digunakan dalam aktiviti persundalan seperti kondom, minyak pelincir seks serta tisu.

Kegiatan itu juga dipromosi melalui aplikasi Wechat dengan memaparkan gambar-gambar wanita warga asing terbabit. 

"Pelanggan yang berminat perlu menempah wanita terbabit sebelum hadir di premis berkenaan," katanya.

Kesemua tangkapan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara dan IPD Serdang untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan, Peraturan 39b Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen dan Seksyen 55(B) Akta Imigresen," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kedah perkasa kedudukan dalam industri kertas teknologi hijau

 
     

Wabak coronavirus tidak jejas tahun melawat Johor -- Exco pelancongan

 
     

Ibu tunggal didakwa bunuh anak sendiri

 
     

Tiada rancangan laksanakan kajian mansuh butiran agama pada kad pengenalan - KDN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel