Pembantu tadbir dituduh palsukan cek RM8,000
Tarikh kemaskini: 10/05/2019

SEREMBAN, 10 Mei (Bernama) -- Seorang pembantu tadbir sekolah dihadapkan di Mahkamah Majistret disini atas tiga pertuduhan melibatkan penyelewengan wang kerajaan berjumlah RM8,000 tahun lalu.
Tertuduh Mohd Fauzi Nor Osman, 41, bagaimanapun tidak mengaku salah sebaik pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Mahyun Yusof.
Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh pada 13 Feb 2018 antara 8 pagi hingga 5 petang di Sekolah Jenis Kebangsaan Ladang Cairo, Mantin dekat sini telah memalsukan tandatangan guru besar dan guru penolong kanan 1 diatas sekeping cek bank milik sekolah berjumlah RM6,600 dan tertuduh telah tunaikan cek tersebut dalam akaun banknya.
Pertuduhan kedua, tertuduh pada 27 Feb 2018 di sekolah sama antara jam 8 pagi hingga 5 petang telah memalsukan tandatangan guru besar dan guru penolong kanan 1 diatas sekeping cek bank milik sekolah berjumlah RM780 dan tertuduh telah tunaikan cek tersebut dalam akaun banknya.
Manakala pertuduhan ketiga pada 5 Mac 2018 di sekolah sama antara jam 8 pagi hingga 5 petang tertuduh telah memalsukan tandatangan guru besar dan guru penolong kanan 1 diatas sekeping cek bank milik sekolah berjumlah RM620 dan tertuduh telah tunaikan cek tersebut dalam akaun banknya.
Tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum dibawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mas Syafiqah Mahroob.
Mahyun kemudiannya membenarkan jaminan setiap pertuduhan sebanyak RM3,000 dan menetapkan tarikh sebutan semula pada 28 Mei ini.
-- BERNAMA
|