Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bekalan air di wilayah Klang pulih 99 peratus


Tarikh kemaskini: 12/05/2019





KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Pemulihan bekalan air di wilayah Klang mencapai tahap 99 peratus setakat pukul 6.00 petang ini, kata Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, Syabas turut menyatakan pihaknya sedang menumpukan usaha untuk memulihkan bekalan air di Bandar Putera 2, Bandar Parkland dan Taman Sentosa.

"Pusat Khidmat Setempat akan terus beroperasi di Taman Rakyat, Taman Sri Andalas bagi memberi bantuan kawasan-kawasan yang terjejas," kata kenyataan itu.

“Sehubungan itu, kerjasama semua pelanggan agar tidak membuat simpanan bekalan air melebihi penggunaan amatlah dihargai bagi membantu kelancaran proses pemulihan,” tambahnya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel