Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Badan Peguam Malaysia gesa kerajaan tubuh IPCMC dengan segera


Tarikh kemaskini: 13/05/2019





KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Badan Peguam Malaysia menggesa kerajaan supaya menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dengan segera.

Presidennya Abdul Fareed Abdul Gafoor berkata IPCMC akan dapat meningkatkan kredibiliti dan kedudukan Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Penubuhan IPCMC mengikut perlembagaan dan tidak melanggar Seksyen 4 Akta Polis 1967,” katanya.

Beliau berkata Perkara 140 (1) Perlembagaan Persekutuan, yang merupakan undang-undang tertinggi negara, memperuntukkan penubuhan sebuah Suruhanjaya Pasukan Polis yang boleh menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota pasukan polis.

"Kami ingin menyatakan bahawa dalam pelaksanaan tindakan disiplin, IPCMC tidak akan menjejaskan kuasa IGP.

“Hanya fungsi disiplin dan siasatan yang kini berada di bawah Suruhanjaya Pasukan Polis, iaitu badan dalaman, yang akan diambil alih oleh IPCMC, untuk mempunyai pengawasan luaran," katanya dalam satu kenyataan, di sini malam ini.

Beliau berkata Badan Peguam Malaysia menyokong pendirian Ketua Polis Negara (IGP) yang baharu, Datuk Seri Abdul Hamid Bador mengenai tanggungjawab dalam memastikan pihak polis akan mendapat hasil terbaik dari semua aspek, manakala orang ramai akan merasa dilindungi serta mendapat perkhidmatan yang terbaik daripada penubuhan IPCMC.

"Kenyataan IGP yang menyokong penubuhan IPCMC, yang bertujuan untuk berfungsi sebagai badan pengawasan bebas dan luaran bagi menyiasat aduan yang melibatkan anggota PDRM adalah penting, positif dan menggalakkan.

"Harapan kami, kepimpinan IGP dalam hal ini akan membawa anjakan baru kepada akauntabiliti dan keyakinan orang ramai terhadap PDRM," tambah Abdul Hamid.

 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel