Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerajaan Selangor lakukan perubahan untuk terus cemerlang


Tarikh kemaskini: 13/05/2019





KUALA SELANGOR, 12 Mei (Bernama) -- Kecemerlangan Selangor sebagai negeri maju sehingga menjadi model pentadbiran kepada negeri lain, tidak dicapai dalam tempoh yang singkat.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata kerajaan negeri telah melakukan pelbagai perubahan positif selain mengelakkan gejala rasuah, penyelewengan dan pembaziran dalam pentadbirannya.

"Selepas berjaya mengambil alih Kerajaan Selangor pada 2008, pentadbiran Pakatan Rakyat ketika itu melakukan banyak perubahan serta pendekatan berbanding pentadbiran terdahulu.

"Kita juga laksanakan banyak program kepedulian rakyat di Selangor dan sekarang ini negeri lain menjadikan Selangor sebagai contoh kepada mereka," katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Kepemimpinan Pakatan Harapan (PH) Selangor Bersama Rakyat di Masjid Ar-Rahman, Bukit Badong, di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebudayaan, Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari.

Amirudin berkata, selepas Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, rakyat turut menaruh harapan besar kepada Kerajaan Pakatan Harapan untuk menerajui pentadbiran negara.

"Kita akan teruskan amanah yang diberikan. Amanah  rakyat ini bukan tugas mudah, bukan tugas enteng, tetapi kita yakin mampu melaksanakan amanah rakyat dengan sebaik mungkin,"katanya.

--BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel