Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kasih Malaysia santuni pesakit Hospital Ampang


Tarikh kemaskini: 13/05/2019





KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Lebih 60 pesakit wanita dan kanak-kanak di wad kanak-kanak dan wad Bersalin dan Sakit Puan diraikan sempena kunjungan Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturrahim Isteri-Isteri Harapan Malaysia (Kasih Malaysia) di Hospital Ampang, di sini hari ini.

Kunjungan sempena Ramadan itu adalah sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Kasih Malaysia bagi membantu dan memberi kegembiraan kepada pesakit melalui sumbangan yang diberikan.

Timbalan Pengerusi Kasih Malaysia, Datin Seri Shamsida Taharin berkata tujuan diwujudkan Kasih Malaysia antara lain bagi menjalin hubungan silaturahim yang erat dengan masyarakat menerusi program CSR yang diadakan.

“Program Tautan Kasih ‘Peduli Masyarakat’ ini diadakan bersempena bulan Ramadan bagi menceriakan kanak-kanak dan ibu bapa mereka sekali gus dapat menjalinkan keharmonian dalam ikatan kekeluargaan. 

“Kami menziarahi semua pesakit berkenaan dan kami rasa gembira kerana dapat memberikan semangat kepada mereka di samping menghulurkan sedikit sumbangan sempena Ramadan ini,” katanya kepada Bernama selepas penyerahan kit kasih sempena Program tautan kasih ‘peduli masyarakat’ di sini.

Program itu adalah program kerjasama antara Kasih Malaysia dan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Pada program itu, Puspanita DBP turut menghulurkan sumbangan berupa buku dan rak buku serta sebuah kerusi roda kepada hospital itu.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel