Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pencemaran sungai di P. Dickson, dipercayai dari aktiviti ternakan khinzir, katak


Tarikh kemaskini: 13/05/2019





SEREMBAN, 13 Mei (Bernama) -- Berdasarkan siasatan Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) di lokasi pembuangan enap cemar berminyak yang menyebabkan pencemaran sungai di Kampung Baru Site C, Port Dickson dekat sini, dipercayai hasil aktiviti ternakan khinzir dan katak, di sebuah premis berhampiran.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan S. Veerapan berkata ia berdasarkan kesan lemak dan enapcemar berminyak yang terdapat berhampiran sungai terbabit.

“JASNS menerima aduan dari penduduk pada 31 Mac lalu berkaitan pembuangan enap cemar berminyak dari premis MYYK ke sungai di Kg. Baru Site C, Port Dickson. Susulan itu satu pasukan penguatkuasa JASNS telah ke lokasi aduan pada hari yang sama, bagi tujuan siasatan lanjut.

“Hasil siasatan di premis MYKK mendapati aduan berkenaan tiada kaitan dengan pencemaran sungai, dan berdasarkan sampel yang diambil pegawai-pegawai daripada jabatan ini, mendapati ia tidak berminyak dan tiada bau minyak. Sampel telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk mengenal pasti kandungan sebenar.

“Bagaimanapun siasatan lanjut JASNS di lokasi aduan mendapati, terdapat aktiviti ternakan dan tempat sembelihan khinzir juga ternakan katak. Hasil siasatan berhampiran sungai tersebut berkemungkinan pencemaran sungai tersebut disebabkan aktiviti dari ternakan khinzir dan katak berdasarkan kesan lemak dan enapcemar yang berminyak tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Tambahnya aktiviti-aktiviti ternakan dan sembelihan khinzir dan ternakan katak ini bukan di bawah bidang kuasa JASNS, dan ianya di bawah Jabatan Veterinar.

Sementara itu, mengenai aduan pencemaran Sungai Lenggeng pada 7 April lepas, pihaknya mendapati sungai yang tercemar tersebut adalah Sungai Machang iaitu anak Sungai Lenggeng.

“Pasukan Penyiasat JASNS mendapati air sungai tersebut keruh dan berdasarkan siasatan mendapati terdapat aktiviti pengorekan pasir di hulu Sungai Machang tersebut.

“Keluasan pengorekan pasir adalah 16.67 hektar. Premis mempunyai permit dari Pejabat Daerah dan Tanah Seremban dan juga ulasan dari JAS Negeri Sembilan. JASNS mendapati premis gagal menyediakan kawalan hakisan dan kelodakan seperti yang disyorkan dalam surat ulasan JASNS.

“Tindakan-tindakan yang telah dan akan diambil JASNS iaitu telah mengemukakan surat kepada Badan Kawal Selia Air, Pejabat Tanah dan Daerah dan Jabatan Pengaliran dan Saliran untuk mengambil tindakan susulan bawah bidang kuasa agensi berkaitan memandangkan aktiviti ini tidak tertakluk di bawah bidang kuasa JAS,” katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel