Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Indeks Volum Perkhidmatan Malaysia meningkat 6.5 peratus pada suku-1 2019


Tarikh kemaskini: 13/05/2019





KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Indeks volum perkhidmatan Malaysia meningkat 6.5 peratus kepada 167.4 mata dalam suku pertama 2019, berbanding 157.3 mata dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata indeks volum pelarasan musim bagi sektor ini meningkat sebanyak 1.1 peratus kepada 167.9 mata dalam suku tersebut berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

“Pertumbuhan positif sektor perkhidmatan dalam suku pertama dipacu oleh perdagangan borong dan runcit, makanan dan minuman dan penginapan serta segmen maklumat dan komunikasi dan pengangkutan dan penyimpanan yang kedua-duanya mencatatkan pertumbuhan yang sama pada 6.9 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Uzir berkata segmen perkhidmatan lain berkembang sebanyak 6.4 peratus didorong oleh subsektor kesenian, hiburan dan rekreasi pada 9.5 peratus.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel