Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Beri perhatian kepada projek lewat jadual - Rina


Tarikh kemaskini: 13/05/2019





PUTRAJAYA, 13 Mei (Bernama) -- Warga kerja Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) diminta memberi perhatian serius terhadap projek-projek di bawah kementerian itu yang masih ada dikategorikan sebagai projek lewat jadual.

 Menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun dalam membuat gesaan itu menegaskan apabila sesuatu projek atau program itu dilengahkan, ia akan menyebabkan rakyat khususnya masyarakat luar bandar lewat menerima manfaatnya.

"Ini memberikan imej yang tidak baik kepada kerajaan," katanya pada majlis perjumpaan bersama warga KPLB di kementerian itu di sini hari ini.

Beliau seterusnya turut menggesa warga kementerian untuk terus meningkatkan prestasi kerja pada bulan Ramadan dan tidak menjadikan berpuasa sebagai alasan untuk tidak bersungguh-sungguh dalam tugas. 

-- BERNAMA 

 


 

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel