Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Agong, Permaisuri Agong berkenan berbuka puasa bersama warga ATM


Tarikh kemaskini: 13/05/2019





KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Masjid Khalid Al-Walid, Kementerian Pertahanan, di Jalan Padang Tembak, di sini.

Ketibaan baginda dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah disambut oleh Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.

Turut mengiringi baginda, Panglima Tentera Darat Jen Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi, Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Khairul Anuar Yahya dan Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Affendi Buang.

Turut hadir ke majlis berkenaan kira-kira 2,000 jemaah terdiri daripada orang awam dan warga ATM.

Sultan Abdullah kemudian turut menunaikan solat Maghrib bersama-sama hadirin di majlis berkenaan.

Pada majlis itu juga, Yang di-Pertuan Agong berkenan menyampaikan sumbangan Ramadan kepada 50 pelajar Sekolah Tahfiz dan Anak Yatim ATM.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel