Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tashin meterai perjanjian taja jamin dengan tiga firma


Tarikh kemaskini: 14/05/2019




KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Tashin Holdings Bhd telah memeterai perjanjian taja jamin dengan M&A Securities Sdn Bhd, Malacca Securities Sdn Bhd dan JF Apex Securities Bhd bersempena dengan pelaksanaan tawaran awam permulaannya (IPO) untuk disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat itu berkata M&A Securities akan bertindak sebagai penasihat, penaja dan menguruskan penaja jamin, penaja jamin bersama dan penempatan ejen bagi IPO, manakala  Malacca Securities dan JF Apex Securities merupakan penaja jamin bersama bagi IPO.

Pelaksanaan IPO itu melibatkan penerbitan 59.33 juta saham baharu dalam Tashin, pembuat produk keluli, mewakili 17 peratus modal saham syarikat yang diperbesarkan.

Tashin berkata IPO itu akan mengukuhkan lagi kedudukan kewangannya apabila ia melaksanakan pelan pengembangan perniagaan fasa akan datang.

Hasil daripada IPO itu akan digunakan untuk perbelanjaan modal bagi menyokong pengembangan perniagaan Kumpulan Tashin kepada pengeluaran produk jaringan dawai dan untuk menaik taraf barisan pemprosesan keluli sedia ada.

Antara lain, ia juga akan digunakan untuk membeli sebidang tanah perindustrian bagi pembinaan sebuah kilang baharu dan untuk melengkapi modal kerja kumpulan Tashin.

Tashin dijadual disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Securities pada Ogos 2019.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel