Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pindaan peraturan beri satu dimensi baru kepada 900,000 ahli peladang


Tarikh kemaskini: 14/05/2019





KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) yakin pewartaan Peraturan-Peraturan Pertubuhan Peladang (Pindaan) 2019  selari dengan agenda kerajaan semasa yang mengutamakan kedaulatan undang-undang  dalam mentadbir urus setiap organisasi.

Ketua Pengarahnya  Azulita  Salim berkata ia bagi memastikan sektor perladangan agar kekal relevan, lebih dinamik dan berdaya saing, meningkatkan pendapatan dan taraf hidup 900,000 golongan peladang di negara ini, selain perubahan kepimpinan LPP di setiap peringkat. 

"Pindaan ini dibuat secara teratur berdasarkan punca kuasa yang diperuntukan di bawah Seksyen 35 Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109) dan telah dikuatkuasakan dengan sewajarnya.

"Tindakan menyemak dan meminda perundangan sebenarnya berbentuk dinamik dan sentiasa dilaksanakan dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian perundangan terhadap keperluan semasa dan memerlukan perhatian kerajaan," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita pada sidang media berkenaan pewartaan Peraturan-Peraturan Pertubuhan Peladang (Pindaan) 2019, di Menara LPP, di sini hari ini.

Pindaan tersebut meliputi tiga peringkat iaitu Pertubuhan Peladang Negeri (PPN), Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).

Antara  perkara yang dipinda adalah komposisi Ahli Jemaah Pengarah (AJP) di PPN terdiri daripada empat anggota dipilih dalam mesyuarat agung tahunan dan lima dilantik oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub.

 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel