Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Saham Sime Darby Plantation susut 4.3 peratus pada tengah hari


Tarikh kemaskini: 14/05/2019





KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Saham Sime Darby Plantation Bhd (SDP) susut 4.3 peratus atau 21 sen kepada RM4.70 setakat rehat tengah hari ini, dengan 5.75 juta saham bertukar tangan.

Saham paling rugi dalam kalangan saham wajaran tinggi berkaitan indeks itu terus mengalami tekanan selepas ia menfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap kerajaan Melaka, Pejabat Tanah dan Galian negeri Melaka, Pejabat Daerah dan Tanah Jasin serta GI A Resources Sdn Bhd, atas dengan salah menjalankan pengambilalihan wajib tanah seluas 75 hektar di Merlimau.

Baru-baru ini dilaporkan bahawa pihak berkuasa berkenaan di Melaka masih mengeluarkan Borang H (Notis Award dan Tawaran Pampasan), menawarkan pampasan berjumlah RM34.50 juta kepada SDP, di samping RM35.28 juta bagi tanah, tiga hari selepas tindakan undang-undang berkenaan difailkan pada 29 April.

Justeru itu, SDP mendakwa tindakan pentadbir tanah tersebut dalam mengeluarkan Borang H sebagai konspirasi untuk membantu pengambilalihan tanah berkenaan demi kepentingan GI A Resources yang dikawal Taiwan.

Ia juga memohon mahkamah mengeluarkan injunksi sementara bagi menghalang kerajaan Melaka, Pejabat Tanah dan Galian negeri Melaka dan GI A Resources Sdn Bhd (responden) daripada melaksanakan sebarang langkah seterusnya untuk memudahkan pengambilalihan wajib tanah itu.

Sementara itu, SDP juga dilaporkan merancang untuk membeli kilang penapisan di Amerika Latin susulan tekanan margin yang lemah serta peningkatan kos dalam operasi Malaysia.

Syarikat tersebut menyediakan RM400 juta untuk dilaburkan dalam usaha itu.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel