Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis tahan lelaki miliki 11 pokok ganja


Tarikh kemaskini: 14/05/2019





PETALING JAYA, 14 Mei (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki tempatan kerana terbabit dengan kesalahan dadah dalam serbuan yang dijalankan di sebuah rumah teres dua tingkat di Kelana Jaya, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata dalam serbuan atas maklumat orang ramai kira-kira 7.30 malam itu, polis merampas sepaket beg plastik dipercayai mengandungi ganja seberat 14 gram, 11 pokok ganja, wang tunai, sebuah motosikal serta kereta milik suspek.

“Hasil risikan dijalankan, pihak kami mendapati 11 pokok ganja yang ditemui itu ditanam dalam enam pasu di bahagian dapur.

“Polis turut merampas wang tunai USD2,500 (RM10,426) serta 7.7 juta Rupiah beserta sebuah motosikal jenis Ducati Scrambler dan kereta Toyota GT86,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, di sini hari ini.

Mohd Zani berkata siasatan masih dijalankan ke atas lelaki berusia 28 tahun itu sama ada suspek terlibat dengan aktiviti pengedaran ganja di dalam dan luar negara.

Beliau berkata jumlah rampasan dianggarkan bernilai RM200,000, dan suspek direman selama seminggu bermula hari ini sehingga 20 Mei untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel