Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua lelaki larikan diri daripada pemeriksaan polis ditahan


Tarikh kemaskini: 14/05/2019





KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Dua lelaki ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada pemeriksaan polis apabila kereta jenis Toyota Vellfire dinaiki mereka ditahan di hadapan sebuah hotel di Jalan Pudu, Rabu lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata suspek berusia 35 dan 39 tahun masing-masing ditahan di Jalan Imbi dan Taman Tayton, Cheras pada Khamis antara pukul 2 hingga 3 petang.

“Kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah dan siasatan mendapati kenderaan pelbagai guna (MPV) itu merupakan kenderaan sewa,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Pada Rabu lepas, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata anggota Jabatan Siasatan Narkotik melepaskan lima das tembakan ke arah MPV itu kerana melarikan diri semasa pemeriksaan yang dijalankan.

Dalam perkembangan lain, Mazlan berkata empat individu termasuk seorang bergelar ‘Datuk Seri’ disyaki mempunyai kaitan insiden rusuhan di sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama di sini, pada 3 Mei lepas diminta menyerah diri dengan segera. 

“Peguam kepada Datuk Seri itu ada datang jumpa saya... saya tidak kompromi dan mahu semua yang dicari serah diri.

“Polis pandang serius kes ini dan kita tidak mahu ada berlakunya pergaduhan antara kumpulan lagi,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan sekumpulan individu bersenjata dipercayai anggota kongsi gelap menyerang dan merosakkan pusat hiburan berkenaan pada 9.20 malam, 3 Mei lepas.

Kumpulan terbabit dikatakan melulu masuk ke dalam premis itu sebelum memecahkan meja, kerusi, televisyen, gelas, kabinet dan barangan perhiasan. Bagaimanapun, tiada kecedaraan dilaporkan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     

Seramai 70 peserta sertai Raleigh Borneo Expedition 2019

 
     

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel