Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

447 notis amaran dikeluarkan kepada peniaga bazar Ramadan


Tarikh kemaskini: 14/05/2019





KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengeluarkan 447 notis amaran kepada peniaga bazar Ramadan di seluruh negara kerana gagal meletakkan tanda harga sejak hari pertama Ramadan. 

Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, bagaimanapun berkata tiada sebarang tindakan kes diambil terhadap peniaga terbabit kerana kementerian itu lebih banyak menggunakan pendekatan memberi peringatan.

"Daripada 35,000 premis perniagaan bazar Ramadan yang diperiksa penguatkuasa KPDNHEP di seluruh negara, sebanyak 447 notis amaran dikeluarkan.

Berdasarkan angka itu menunjukkan peniaga bazar Ramadan mengamalkan tahap kepatuhan tinggi dengan memaparkan tanda harga," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan dan pemantauan harga sempena program ‘Raya Sempoi With Touch N Go (TnG) E-Wallet’ di Bazar Ramadan Jalan Raja Alang, di sini hari ini.

Sementara itu, Saifuddin berkata bagi 833 premis bazar Ramadan di sekitar Kuala Lumpur, 44 notis amaran dikeluarkan kepada peniaga dalam tempoh yang sama. 

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif TnG Digital Sdn Bhd, Syahrunizam Samsudin berkata orang ramai kini boleh membeli juadah berbuka puasa tanpa tunai di 400 premis Bazar Ramadan Jalan Raja Alang melalui aplikasi TnG e-wallet.

Katanya sebagai projek perintis Bazar Ramadan pertama tanpa tunai, pihaknya menyasarkan 10 peratus nilai jual beli melalui kaedah berkenaan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Pindaan kaedah ujian memandu untuk laksanakan e-testing - Loke

 
     

Kejayaan sesuatu penyampaian diukur kepuasan pelanggan - Aminuddin

 
     

Pasukan bola sepak Sabah, peserta Unduk Ngadau sertai perarakan Hari Kebangsaan

 
     

Berdepan pertuduhan rogol: Exco Perak dinasihat cuti daripada tugas rasmi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel