Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Agong, Permaisuri Agong berkenan berbuka puasa bersama warga PDRM


Tarikh kemaskini: 14/05/2019





KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Masjid Bukit Aman, di sini.

Ketibaan baginda dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah disambut oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim dan Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador. 

Turut mengiringi baginda, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor serta Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Datuk Zamri Yahya.

Majlis dihadiri kira-kira 1,000 jemaah terdiri daripada kalangan orang awam dan warga PDRM.

Sultan Abdullah kemudian menunaikan solat Maghrib bersama-sama hadirin di majlis berkenaan.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     

Seramai 70 peserta sertai Raleigh Borneo Expedition 2019

 
     

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel