Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Persatuan Muaythai intai satu emas pada Sukan SEA 2019


Tarikh kemaskini: 14/05/2019





KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Persatuan Muaythai Malaysia (PMM) menyasarkan sekurang-kurangnya satu pingat emas pada Sukan SEA 2019 di Filipina, November ini.

Presiden PMM, Datuk Paduka Muhammad Shahnaz Azmi berkata sandaran emas berkenaan diletakkan kepada dua atlet muaythai iaitu Mohamad Rifdean Masdor dan Mohd Fazzatkie Mohd Zaki berdasarkan prestasi cemerlang yang dipamerkan mereka dalam beberapa kejohanan tempatan dan antarabangsa.

"Kita menyasarkan satu pingat emas, namun kita melihat dua atlet iaitu Mohamad Rifdean dalam kategori 45kg dan Mohd Fazzatkie dalam kategori 57kg berpotensi meraih pingat emas, tapi ini tidak bermakna atlet lain tidak mampu memberikan persembahan terbaik pada Sukan SEA nanti," katanya pada sidang media selepas mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kerja dengan Majlis Sukan Negara, di sini, hari ini.

Ditanya mengenai penyertaan Sukan SEA 2019, Muhammad Shahnaz memaklumkan skuad negara bakal bertanding dalam lima kategori termasuk satu kategori wanita memandangkan Filipina hanya membenarkan negara ASEAN lain menyertai lima kategori sahaja.

Dalam pada itu, beliau berkata skuad negara giat menjalani latihan dan pertandingan di Wilayah Lopburi, Thailand melibatkan 16 atlet dan jurulatih sejak Februari lepas, sambil mendedahkan Kejohanan Muaythai Dunia di Bangkok, Thailand pada Julai ini menjadi medan pemilihan atlet ke Sukan SEA 2019.

"Atlet kita telah menyertai banyak kejohanan di Macau, Hong Kong, dan Australia, baru-baru ini tapi penunjuk prestasi utama ke Sukan SEA 2019 adalah Kejohanan Dunia.

"Kita memilih Thailand kerana persatuan kita mempunyai hubungan rapat dengan persatuan di negara berkenaan, selain negara berkenaan mempunyai reputasi cemerlang di peringkat antarabangsa dalam sukan muaythai," katanya.

Muhammad Shahnaz menjelaskan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memberi tempoh sehingga Julai ini kepada MMA untuk memuktamadkan atlet muaythai yang akan beraksi pada Sukan SEA 2019.

Untuk rekod, Malaysia meraih dua emas dalam acara muaythai pada Sukan SEA 2013 di Myanmar dan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel