Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Berjaya Land tambah kepentingan dalam BToto


Tarikh kemaskini: 14/05/2019





KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Berjaya Land Bhd telah menambah kepentingan dalam Berjaya Sports Toto Bhd (BToto) melalui pembelian kepentingan tambahan sebanyak 0.59 peratus pada harga tunai RM20 juta.

Perjanjian itu akan meningkatkan kepentingan pemaju hartanah tersebut dalam BToto kepada 40.83 peratus.

Syarikat itu dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini memberitahu pembelian itu melibatkan 8.0 juta saham biasa dalam BToto daripada syarikat induknya, Berjaya Corp dan subsidiari melalui transaksi perniagaan langsung dari 22 April sehingga 13 Mei pada RM2.50 sesaham. 

Berjaya Land menegaskan bahawa pertimbangan tunai pengambilalihan berkenaan adalah mengikut harga pasaran semasa saham-saham BToto pada tarikh pengambilalihan. 

Pengambilalihan itu dibiayai oleh dana dalaman

. -- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel