Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Harumanis dijadikan menu majlis iftar, sahur Kementerian Pertanian


Tarikh kemaskini: 14/05/2019





PUTRAJAYA, 14 Mei (Bernama) -- Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub mengarahkan semua agensi-agensi di bawah kementerian menjadikan mempelam harumanis sebagai menu wajib majlis berbuka puasa, moreh ataupun sahur sepanjang Ramadan ini.

Beliau berkata arahan itu adalah selaras usaha kementerian membantu perkembangan industri harumanis negara, terutama di Perlis.

"Dalam mesyuarat Kabinet pun saya menyatakan kalau boleh semua jamuan kerajaan sepanjang Ramadan ini dibekalkan menu harumanis sama ada sewaktu majlis Iftar, moreh ataupun sahur bagi tetamu," katanya kepada pemberita sebelum menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di sini hari ini.

Salahuddin berkata Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah menubuhkan satu unit khas bagi memastikan produk ikon Perlis itu terjamin dari segi pasaran.

Katanya selain dimakan segar, FAMA turut memperkenalkan menu-menu menarik berasaskan harumanis seperti pulut mangga harumanis dan jus mangga harumanis untuk dijadikan juadah berbuka puasa dan bersahur.

"Setakat ini permintaan bagi harumanis bagus dan tidak sukar untuk menembusi pasaran seperti Jepun dan negara lain...cuma masalah yang dihadapi sekarang tidak cukup dari segi bekalan," katanya.

Sementara itu, Salahuddin berkata bekalan daging mencukupi untuk menampung permintaan sempena Ramadan ini dan pihaknya sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi memastikan pengguna membeli bekalan dengan harga munasabah.

-- BERNAMA

 

 


 

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel