Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kenyataan Takiyuddin mengenai Anwar tidak bertanggungjawab- Mohamed Azmin


Tarikh kemaskini: 14/05/2019





KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) — Kenyataan setiausaha agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan yang mempersoalkan sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim sesuai menjadi perdana menteri kerana berstatus banduan, disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab.

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kenyataan itu juga adalah tidak adil kerana presiden PKR itu telah menerima pengampunan diraja.

“Umum sedia maklum bahawa pertuduhan terhadap Datuk Seri Anwar sejak 1998 itu merupakan pertuduhan politik yang akhirnya membawa kepada pengampunan penuh oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Kita mungkin mempunyai pandangan politik berbeza tetapi kita harus berpegang kepada fakta dan kenyataan bahawa kemelut ini telah diselesaikan dengan baik demi kepentingan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) di sini hari ini.

Ketika berucap pada kempen PRK Sandakan Rabu lalu, Takiyuddin mempersoalkan sama ada rakyat mahu seorang bekas banduan seperti Anwar sebagai perdana menteri.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin mengingatkan PAS untuk menyelesaikan masalah dalaman parti itu tanpa mengaitkannya dengan pihak lain, termasuk isu kartel dedak yang didedahkan baru-baru ini.

“Saya bukan ahli PAS. Saya tidak terlibat dengan apa yang berlaku dalam PAS. Saya kira itu masalah dalaman mereka dan mereka perlu selesaikan.

“Saya lihat kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden PAS) menyatakan beliau tidak memberi restu, jadi kalau ayah tak memberi restu kepada anak, saya tak fahamlah. Kena selesaikan cara mereka,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Zaharudin yang juga bekas anggota Majlis Syura Ulama PAS mendedahkan wujudnya 'kartel dedak' dipercayai merujuk kepada kumpulan dalam parti itu yang didakwa menerima dana daripada UMNO.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel