Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sime Darby Oils lancar 10 episod siri web


Tarikh kemaskini: 14/05/2019





KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Sime Darby Oils Sdn Bhd dan jenama kegemaran Malaysia, minyak masak Alif hari ini melancarkan 10 episod siri web yang dinamakan “Goreng atau Gagal” untuk memeriahkan Ramadan.

Pengarah Urusan Sime Darby Oils Mohd Haris Mohd Arshad berkata siri itu merupakan usaha Alif untuk mewujudkan jenis kandungan yang berbeza bagi peminat dan pengikut media sosialnya.

“Sebagai langkah kreatif untuk lebih dekat dengan pengikutnya, Alif menjalankan tinjauan di laman Facebook yang meminta cadangan mengenai bahan atau ramuan yang mereka ingin goreng dan seorang chef akan cuba menggoreng cadangan yang terbaik dan paling unik dalam program menggunakan minyak masak Alif.

“Ini juga untuk mendidik penonton mengenai seni menggoreng. Antara makanan yang dicadangkan ialah durian, dodol, tembikai, lemang dan banyak lagi,” katanya dalam ucapan pada majlis berbuka puasa bersama Alif di sini hari ini.

Dihoskan oleh selebriti Chef Nik Michael Imran dan pelakon yang juga pengacara televisyen Yasmin Hani Richardson, siri web ini telah ditayangkan pada 10 Mei, 2019, dan dijadualkan ditayangkan pada pukul 10 pagi setiap Jumaat di laman Facebook Alif.

Acara malam ini turut menyaksikan pelancaran minyak masak Alif eksklusif 5.4 kilogram, mula diperkenalkan pada tahun lepas dan mendapat sambutan yang menggalakkan.

“Pembungkusan istimewa ini unik bagi Alif - tiada jenama lain dalam pasaran yang mengeluarkan produk yang sama. Mengekalkan harga lima kilogram untuk pembungkusan 5.4 kilogram, ia sebagai hadiah daripada Alif kepada pengguna setianya dan boleh didapati sepanjang bulan Ramadan dan Syawal,” katanya. 

Sime Darby Oils merupakan anak syarikat kepada Sime Darby Plantation Bhd yang menjalankan bahagian hiliran keseluruhannya, dengan perniagaan merangkumi 14 negara di seluruh dunia, melibatkan pembuatan serta penjualan dan pemasaran minyak dan produk lemak, biodiesel berasaskan minyak sawit, nutraseutikal dan derivatif lain.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel