Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

TEKUN Nasional rai anak yatim, asnaf dalam program kasih Ramadan


Tarikh kemaskini: 14/05/2019





KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) membawa 73 anak yatim dan asnaf dari Rumah Anak Yatim Peribadi Mulia membeli-belah untuk persiapan hari raya dalam program kasih Ramadan di Mydin USJ hari ini.

Pengerusinya Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor berkata program itu memberi peluang kepada pihaknya untuk berkongsi rezeki dan meraikan anak yatim dan asnaf agar mereka dapat menikmati suasana raya dengan gembira.

“Rasa bahagia dan sebak melihat raut wajah kegembiraan serta gelagat mereka memilih baju mengikut cita rasa masing-masing.

“Melalui program aktiviti tanggungjawab sosial korporat ini, TEKUN menyumbang sebanyak RM150 kepada setiap seorang daripada mereka,” katanya kepada Bernama.

Turut serta menemani anak yatim dan asnaf membeli segala keperluan mereka adalah Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional, Datuk Adam Abd Ghani serta barisan pengurusan tertingginya dan Pengerusi PUSPANITA TEKUN Nasional, Datin Seri Siti Noor Asikin Muhammad.

Anak-anak itu turut diraikan dalam majlis berbuka puasa di sebuah hotel berdekatan dan menerima sumbangan duit raya setiap seorang.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel