Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Malaysia tetap dengan pendirian berhubung LGBT - Marzuki


Tarikh kemaskini: 15/05/2019





PUTRAJAYA, 14 Mei (Bernama) -- Malaysia sebagai sebuah negara Islam, tetap kekal dengan pendiriannya berhubung lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), kata Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya.

"Kita berpendirian sebagai negara yang berpegang kepada prinsip-prinsip Perlembagaan, Raja-Raja dan agama Islam sebagai agama rasmi, maka perkara-perkara yang menyalahi agama sudah pasti kita akan tolak.

“Kita kena pegang kepada prinsip kita sebagai sebuah negara yang berdaulat dan negara Islam,” kata Marzuki kepada pemberita ketika menghadiri Iftar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai membalas kenyataan pelakon Hollywood, George Clooney yang dilaporkan memberi amaran kepada Malaysia dan Indonesia berhubung pelaksanaan undang-undang anti-LGBT sebagaimana di Brunei.

Awal bulan lepas media melaporkan negara Brunei memutuskan bahawa di bawah peruntukan undang-undang baharu, penalti bagi pelaku zina dan homoseksual dari kalangan orang Islam di negara itu yang didapati bersalah, boleh dikenakan hukuman direjam dengan batu sampai mati.

Bagaimanapun 5 Mei lepas Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan pelanjutan moratorium, atau penangguhan, terhadap hukuman mati susulan kritikan global, termasuk dari kalangan selebriti seperti Clooney dan Elton John.

Ditanya sama ada Malaysia menyokong hukuman rejam sampai mati di bawah undang-undang anti-LGBT, Marzuki berkata tidak sama sekali.

-- BERNAMA 

 


 

   

 
 
     
   
 

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel