Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PPM bakal ambil alih 25 bot ronda PGA, mantapkan kawalan ESSZone


Tarikh kemaskini: 15/05/2019





SANDAKAN, 15 Mei (Bernama) -- Pasukan Polis Marin (PPM) bakal mengambil alih 25 bot ronda milik Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam usaha memantapkan lagi kawalan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Menurut Komander PPM Bukit Aman SAC Mohd Yusoff Mamat, langkah itu berikutan aset berkenaan kurang digunakan oleh PGA kerana tidak ada perjawatan untuk mengendalikan bot ronda itu.

“PGA ada bot, tetapi tidak ada perjawatan.

“Insya-Allah, proses mengambil alih bot ronda itu akan selesai selepas sambutan Aidilfitri nanti,” katanya kepada pemberita selepas lawatannya ke Markas PPM Sandakan di sini malam tadi.

Mohd Yusoff turut memberitahu PPM Wilayah 4 Sabah akan memperhebatkan rondaan menjelang Aidilfitri, khususnya bagi mengekang kegiatan penyeludupan barangan dan manusia.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sampel air di Kuala Koh diambil lagi untuk diuji.

 
     

Tanah runtuh Tanjung Bungah: Kerajaan negeri mahu siasatan terperinci

 
     

Pemuda PH Kelantan mahu ROS batalkan pendaftaran UMNO

 
     

Inkues Adib: Empat peguam dari AGC dilantik wakili KPKT, Bomba

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel