Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

HEBHK cari waris mayat lelaki warga emas belum dituntut


Tarikh kemaskini: 15/05/2019





KLUANG, 15 Mei (Bernama) -- Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang mencari anggota keluarga atau waris kepada seorang lelaki warga emas berbangsa Cina yang meninggal dunia pada 28 April lalu dan sehingga kini mayatnya belum dituntut di rumah mayat hospital berkenaan.

Pengarahnya, Dr Azura Abu Bakar, dalam kenyataan hari ini, berkata, alamat pada kad pengenalan mangsa, Kam Chan Choi, 61, hanya tertera dari Taman Sri Kluang.

Beliau meminta anggota keluarga atau waris mangsa menghubungi pegawai bertugas HEBHK, Siti Nur Azlin Rashimn di talian 07-7787000 (sambungan 1550) bagi mendapatkan maklumat lanjut dan urusan tuntutan mayat.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     

Seramai 70 peserta sertai Raleigh Borneo Expedition 2019

 
     

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel