Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kesan golongan tidak berkemampuan cicir dari terima bantuan


Tarikh kemaskini: 15/05/2019





PONTIAN, 15 Mei (Bernama) --  Program seperti Sentuhan Kasih Ramadan dilihat mampu mengesan golongan sasar yang tercicir daripada menerima bantuan yang sepatutnya dari kerajaan negeri ataupun agensi-agensi berkaitan.

Isteri Menteri Besar Datin Dr Nila Armila Mukdan berkata untuk program tersebut contohnya, setiap pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) diminta mengesan dan mengenalpasti golongan sasar yang layak untuk menerima bantuan.

Golongan sasar yang dimaksudkan termasuk ibu tunggal, orang Kelainan Upaya serta keluarga yang kurang berkemampuan.

Dr Nila, yang juga Pengerusi Pertubuhan Amal Isteri Wakil-Wakil Rakyat Kerajaan Johor (Jasmine) berkata program itu yang pertama kali dianjurkan itu diharapkan dapat menjadi pelopor kepada lebih banyak lagi program seumpamanya dalam usaha membela rakyat yang tidak berkemampuan.

"Justeru itu, kerjasama dari pihak pejabat DUN amat diperlukan bagi mengenalpasti penerima yang betul-betul layak untuk mendapatkan bantuan ini,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran program tersebut di Dewan Serbaguna Kompleks Penghulu Mukim Serkat, di sini hari ini.          

 

Menurut Dr  Nila, penyerahan sumbangan yang akan diberikan dalam dua fasa itu melibatkan seramai 500 asnaf seluruh negeri Johor.

Untuk fasa pertama hari ini, seramai 50 orang menerima bantuan berbentuk minyak dan beras, barangan keperluan harian serta duit raya.

Meskipun sedikit, Dr Nila mengharapkan pemberian ini dapat memberi sedikit keceriaan kepada golongan asnaf untuk menghadapi Ramadan dan Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Penerima bantuan, Raimah Abd Ghani, 63, dari Kampung Sungai Kuali di sini, amat bersyukur apabila menerima bantuan itu kerana dapat meringankan beban keluarganya semasa hendak menyambut kedatangan Syawal.

Katanya, dia hanya bergantung hidup sebagai seorang nelayan dengan menjual hasil kepah dan kerang sebagai sumber pendapatan hariannya.

Manakala Ramlah Sikin, 73, dari Kampung Serkat Laut pula berkata, dia amat bersyukur kerana terpilih untuk mendapatkan bantuan seperti ini kerana bagi ibu tunggal sepertinya bantuan ini dapat membantu menampung perbelanjaan dapurnya setiap hari.

-- BERNAMA  

 

   

 
 
     
   
 

Sultan Nazrin perkenan pengerusi jawatankuasa masjid, surau digantung tugas

 
     

Setahun Berbasikal: Tiga anak Malaysia tiba di tanah air

 
     

Penduduk luar bandar mahu keupayaan komunikasi ditingkatkan

 
     

Kapal Jepun JMSDF berlabuh di Pelabuhan Klang

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel