Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bantuan RM200 untuk ibu tunggal melalui inisiatif C4U - Exco


Tarikh kemaskini: 15/05/2019





SEREMBAN, 15 Mei (Bernama) -- Kerajaan negeri mengumumkan pemberian bantuan secara 'one-off' sebanyak RM200 kepada ibu tunggal yang layak melalui inisiatif Care For You (C4U) Ibu Tunggal Negeri Sembilan 2019.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan Nicole Tan Lee Koon berkata untuk itu kerajaan memperuntukkan sebanyak RM900,000 untuk bantuan kepada 4,500 ibu tunggal yang berdaftar dengan e-KASIH.

Program C4U Ibu Tunggal Negeri Sembilan merupakan inisiatif yang diwujudkan kerajaan untuk membantu golongan itu dan ia telah diumumkan dalam Belanjawan Tahun 2019, Disember tahun lepas.

Bercakap kepada pemberita selepas pelancaran inisiatif itu di sini, hari ini, Tan berkata bantuan fasa pertama akan melibatkan seramai 984 orang penerima dengan bayaran pada 20 Mei ini manakala baki 1,513 penerima pada Ogos depan.

“Ini merupakan salah satu langkah kerajaan untuk menyediakan satu jaringan keselamatan sosial  yang lebih bersepadu selain membantu meringankan beban kewangan ditanggung oleh ibu tunggal. Selain itu, kita juga ada program seperti ‘Power House’ - Wanita Gemilang (PH GEM) bagi memperkasakan wanita dan Tabung Usahawan kepada golongan wanita bagi mereka yang berminat menceburi bidang perniagaan.

 “Semua ini sudah diluluskan dalam masa setahun dan saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan Pakatan Harapan negeri yang diterajui Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun kerana pantas dalam merealisasikan janji-janji diberikan sebelum pilihan raya umum ke-14,” katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Najib tidak pernah tanya mengenai terlebih pengeluaran dalam akaunnya - Saksi

 
     

Rumah 20 peserta projek Mesej Abai, Kinabatangan dibina tahun ini

 
     

Saya tahu siapa dalang sebar video - Azmin

 
     

Kesungguhan pimpinan, ahli Bersatu harus kekal demi kelangsungan parti - Maszlee

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel