Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penjawat awam Johor terima bantuan setengah bulan gaji


Tarikh kemaskini: 15/05/2019





JOHOR BAHRU, 15 Mei (Bernama) -- Kerajaan Negeri Johor bersetuju memberi Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam negeri itu.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Azmi Rohani berkata pemberian berkenaan diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, hari ini.

"Pemberian Bantuan Khas Kewangan ini adalah merupakan keprihatinan kerajaan bagi meringankan beban kewangan penjawat awam sempena menyambut ketibaan hari lebaran pada kali ini," katanya menerusi kenyataan, di sini hari ini.

Azmi berkata pembayaran Bantuan Khas Kewangan tersebut akan dibuat dua kali iaitu pada 21 Mei ini sebanyak RM500 dan bakinya akan dibayar selewat-lewatnya 31 Mei kepada seramai 19,602 penjawat awam negeri, termasuk yang berkhidmat di Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun Negeri.

Beliau berkata semakan kelayakan bayaran Bantuan Khas Kewangan itu boleh dirujuk melalui Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 2 Tahun 2018 (Pindaan).          

-- BERNAMA  


 

   

 
 
     
   
 

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     

Seramai 70 peserta sertai Raleigh Borneo Expedition 2019

 
     

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel