Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

JCI Malaysia cari belia tempatan untuk anugerah TOYM


Tarikh kemaskini: 15/05/2019





KUCHING, 15 Mei (Bernama) -- Junior Chamber International (JCI) Malaysia sedang mencari belia tempatan untuk mewakili Malaysia bagi Anugerah 10 Belia Cemerlang (TOYM) 2019 di Kongres Dunia JCI yang akan diadakan di Estonia, negara yang terletak di kawasan Baltic di Eropah Utara.

JCI adalah organisasi belia bukan bertujuan politik dan bukan sektarian di seluruh dunia yang mengiktiraf pencapaian luar biasa para profesional muda melalui dedikasi tidak mementingkan diri sendiri kepada masyarakat di seluruh dunia.

Pengerusi Penganjur, Thomas Teo berkata penerima anugerah akan menjadi pemimpin yang berinspirasi bagi generasi akan datang.

"Kami mahu mereka terus maju dan nelakar kejayaan yang lebih baik dan meneruskan kerja-kerja dermawan," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata pengiktirafan itu penting bagi meningkatkan kehidupan masyarakat setempat..

Anugerah TOYM 2019 terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 hingga 40 tahun.

Anugerah itu meliputi 10 kategori iaitu Perniagaan, Politik, Undang-undang atau Kerajaan, Kepimpinan Akademik, Pencapaian Kebudayaan, Moral atau Kepimpinan Alam Sekitar, Sumbangan kepada Kanak-kanak, Keamanan Dunia atau Hak Asasi Manusia, Kemanusiaan atau Kepimpinan Sukarela, Pembangunan Saintifik atau Teknologi.

Majlis penyampaian anugerah akan diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching pada 14 September dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dijangka menghadiri majlis tersebut.

Pencalonan akan ditutup pada 31 Mei dan untuk maklumat lanjut, sila hubungi Thomas Teo di 012-418 3119 atau e-mel di thomasteo.jcim@gmail.com.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Beban kerajaan akan berkurangan sekiranya dana SRC di Switzerland tidak dibekukan - Saksi

 
     

SRC gagal bayar hutang KWAP - saksi

 
     

110 penuntut kolej universiti disyaki keracunan makanan

 
     

Perak sepatutnya menang besar ke atas Terengganu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel