Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Larian Pulau Pinang mahu lakar semula nama dalam MBR


Tarikh kemaskini: 15/05/2019





GEORGE TOWN, 15 Mei (Bernama) -- Larian santai terbesar dalam negara, ‘I Love Penang Run’ edisi ketiga tahun ini dijangka melakarkan nama semula dalam Malaysia Book of Records (MBR) dengan jumlah peserta dijangka mencecah 16,000.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Soon Lip Chee berkata, larian itu telah diiktiraf of MBR sebagai penyertaan paling ramai  pada edisi pertama di Seberang Perai pada 2017 dengan jumlah 15,942 peserta.

Katanya, tahun lalu, larian enam kilometer itu menarik penyertaan 15,160 peserta dan tahun ini jumlah itu dijangka meningkat 16,000 pada acara yang akan bermula dari Jalan Kampung Gajah dan melalui  Jalan Bagan Luar, Jalan New Ferry, Jalan Sungai Nyior, Jalan Siram, Jalan Telaga Air sebelum berakhir di Jalan Kampung Gajah.

Acara tersebut akan berlangsung pada 6 Okt ini, katanya pada sidang media di sini hari ini.

Yuran pendaftaran adalah RM30 untuk peserta berusia12 tahun dan ke atas manakala RM20 untuk peserta golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Tarikh tutup pendaftaran ialah 31 Julai.

Soon berkata tiada bayaran dikenakan kepada peserta berusia bawah 12 tahun tetapi mereka perlu mendapatkan persetujuan ibu bapa mereka.

Pendaftaran boleh dilakukan dalam talian melalui laman web https://event.howei.com/event/i-love-penang-run-seberang-perai-2019/

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

PLUS nasihat pengguna l/raya terutama motosikal jangan guna lorong kecemasan

 
     

Warga emas Darul Hanan teruja dapat rasai bubur lambuk resepi istana

 
     

Sindiket pemerdagangan manusia tumpas, enam termasuk tiga anggota polis ditahan

 
     

Dua belas pelajar MRSM Kuala Klawang terlibat kemalangan bas, SUV-MARA

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel