Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis terima 58 kes curi dan samun di stesen MRT


Tarikh kemaskini: 15/05/2019





SUNGAI BULOH, 15 Mei (Bernama) -- Sebanyak 58 kes curi dan samun direkodkan di 21 buah Stesen Transit Aliran Massa (MRT) dari 1 Jan hingga 30 April lepas, kata Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin.

Beliau berkata 19 kes direkodkan di stesen MRT Ampang Jaya, 15  di Petaling Jaya, 11 di Sungai Buloh, tujuh di Serdang, empat di Gombak dan dua kes di Subang Jaya.

“Bagi membendung kejadian jenayah dan memastikan keselamatan di kawasan stesen-stesen MRT, polis bersama Prasarana akan meningkatkan rondaan cegah jenayah di kawasan MRT menggunakan Unit Kereta Peronda, Unit Rondaan Bermotosikal dan tugas am di balai-balai berdekatan.

“Selain itu, polis Selangor juga mengedarkan 400 borang maklumat balas balik kampung di kawasan Stesen MRT Surian dan Sungai Buloh,” katanya pada sidang media pelancaran progam rondaan cegah jenayah bersama Prasarana Malaysia Berhad, di sini.

Noor Azam berkata inisiatif awal polis Selangor adalah bagi mengingatkan orang ramai yang balik kampung untuk menyambut Hari Raya supaya mengisi borang untuk membolehkan polis memantau rumah-rumah mereka agar jenayah pecah rumah dielakkan.

— BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel