Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jawatankuasa Pemandu untuk tingkat pengeluaran padi di Perak


Tarikh kemaskini: 15/05/2019





IPOH, 15 Mei (Bernama) — Kerajaan negeri Perak akan  menubuhkan Jawatankuasa Pemandu untuk mencari jalan supaya semua pesawah dapat meningkatkan pengeluaran padi sekali gus menambah pendapatan mereka, kata  Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

“Jawatankuasa ini berperanan mengkaji pelbagai kelemahan sistem penghantaran industri padi secara komprehensif atau menyeluruh agar semua itu dapat diperbaiki,” katanya dan menambah bahawa kerajaan negeri akan terus  memberi perhatian serius kepada golongan nelayan darat, petani serta penternak kerana mereka memerlukan pembelaan daripada segala aspek.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perutusan Menteri Besar Perak Sempena Setahun Malaysia Baharu di Laman Darul Ridzuan, Kediaman Lama Menteri Besar Perak di sini hari ini.

Ahmad Faizal berkata kerajaan negeri juga  menyasarkan untuk menambah keluasan padang ragut kepada sekurang-kurangnya 3,000 ekar untuk setiap daerah. 

Selain itu, katanya kerajaan negeri juga memberi penekanan terhadap pewartaan kolam-kolam nelayan darat. 

Ahmad Faizal yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Perak berkata dalam usaha untuk mengembalikan kegemilangan negeri ini timbul keresahan di kalangan kita mengenai penyatuan di kalangan parti pembangkang. 

“Mungkin ada dalam kalangan kita yang bimbang sama ada strategi terdesak pembangkang menggunakan sentimen agama dan perkauman ini akan menghakis sokongan masyarakat Melayu Islam kepada kerajaan Pakatan Harapan.

“Tetapi ingin saya tegaskan di sini, jangan sesekali kita merasa gundah dan gulana. Berpeganglah kepada prinsip kemakmuran bersama dan kita tidak akan sekali-kali menggadaikan bangsa dan agama dalam menjunjung perjuangan ini,” katanya.

Malahan, kata Ahmad Faizal, Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria baru-baru ini menyatakan dengan jelas bahawa beliau tidak melihat kedudukan Islam tertekan atau tergugat di negara ini selepas peralihan kerajaan.

— BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

KYP Advanced Skills dialukan dalam penubuhan De' Royal Azizah Culinary School

 
     

Pindaan kaedah ujian memandu untuk laksanakan e-testing - Loke

 
     

Kejayaan sesuatu penyampaian diukur kepuasan pelanggan - Aminuddin

 
     

Pasukan bola sepak Sabah, peserta Unduk Ngadau sertai perarakan Hari Kebangsaan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel