Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis temui petunjuk baharu kes kehilangan ketua jururawat


Tarikh kemaskini: 15/05/2019





SUNGAI BULOH, 15 Mei (Bernama) — Polis menemui petunjuk baharu berhubung kes kehilangan Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin, 40, yang dilaporkan hilang, sejak seminggu lalu.

Tanpa mendedahkan petunjuk baharu berkenaan, Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata kes berkenaan masih dalam siasatan.

“Ya, kami memang ada temui petunjuk baharu kes ini (kes kehilangan Siti Kharina) tetapi saya tidak akan dedahkannya kerana ia boleh menganggu siasatan kes ini,” katanya pada sidang media selepas melancarkan program rondaan cegah jenayah di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh, di sini.

Semalam, pihak pengurusan Hospital Serdang mengesahkan Siti Kharina yang dilaporkan hilang sebelum ini, dilihat kali terakhir di kawasan tempat letak kenderaan hospital itu pada Rabu lepas.

Siti Kharina dilihat memandu kereta Honda City berwarna putih.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan untuk membantu mengesan Siti Kharina digesa agar menghubungi polis atau adik Siti Kharina, Siti Khairani Mohd Kamaruddin di talian 012-2587764.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel