Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis nafi rancangan serangan bom oleh Daesh di Bintulu


Tarikh kemaskini: 15/05/2019





BINTULU, 15 Mei (Bernama) -- Mesej tular di media sosial yang mendakwa kumpulan Daesh telah memasuki Sarawak serta merancang membuat serangan bom gereja di Bintulu adalah tidak benar.

Ketua Polis Daerah Bintulu Supt Zulkipli Suhaili menyifatkan mesej tular yang bersertakan wajah tiga lelaki yang didakwa anggota kumpulan tersebut dan sedang diburu oleh polis sebagai berita palsu.

"Keadaan keselamatan secara keseluruhannya adalah terkawal," katanya ketika dihubungi Bernama  malam ini.

Selain Bintulu, mesej tular tersebut turut mendakwa kumpulan berkenaan sedang merancang untuk melakukan serangan bom di gereja di Sibu.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit dilaporkan oleh akhbar tempatan hari ini  menafikan wujudnya rancangan serangan bom di gereja di Sibu dan berkata ketiga-tiga lelaki dalam mesej tular itu telah ditangkap polis.

-- BERNAMA 

 


 

   

 
 
     
   
 

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     

Jerebu: penduduk Melaka hadkan aktiviti luar

 
     

Tetap adakan upacara pengebumian untuk kedua ibu bapa - Anak

 
     

Jerebu boleh sebabkan radang mata, lelah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel