Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Rangka segera kempen promosi Langkawi sebagai destinasi percutian


Tarikh kemaskini: 15/05/2019





LANGKAWI, 15 Mei (Bernama) -- Penggiat industri pelancongan disaran segera merangka kempen pemasaran dan promosi Langkawi sebagai destinasi percutian, sebahagian dari keperluan sebelum Dana Promosi Pelancongan Antarabangsa Langkawi (LITPF) diluluskan.

Pengurus Besar Pemasaran Penerbangan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Mohamed Sallauddin Mat Sah berkata program itu berlangsung selama dua tahun mulai Jun 2019 dengan sokongan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan ia ditawarkan kepada penggiat industri yang layak seperti syarikat penerbangan, ejen serta operator pelancongan dan syarikat pemasaran destinasi.

"LITPF akan dilancarkan bulan depan (Jun), saya nasihatkan supaya mereka (penggiat industri) secepat mungkin hubungi rakan mereka di seberang laut dan beritahu mereka mengenai dana ini. 

“Rangka program atau kempen ke Langkawi secepat mungkin kita akan menilai dan beri kelulusan supaya mereka dapat execute program yang dihasratkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program Tourism Engagement Session with MAHB and Airlines di sini hari ini. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif LADA Dr Hezri Adnan.

Seramai 230 peserta terdiri dari penggiat industri pelancongan hadir pada sesi yang dianjurkan oleh LADA dengan kerjasama MAHB dan syarikat penerbangan seperti AirAsia Bhd, Malindo Air, Malaysia Airlines Berhad dan China Southern Airlines.

Mengulas lanjut, Mohamed Sallauddin turut melahirkan keyakinan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK) mampu menampung pergerakan trafik penumpang sekiranya kempen pemasaran dan promosi di luar negara menerusi LITPF berjaya.

"LGK boleh menampung malahan kita sudah besarkan lapangan terbang tersebut supaya lebih banyak penerbangan akan datang ke sini.

“Sebagai contoh Qatar Airways bakal terbang ke Langkawi dari Pulau Pinang Oktober depan, ini satu pencapaian baik kerana kita akan dapat connect secara langsung dari Timur Tengah kerana Doha terkenal sebagai hub yang menyambung penerbangan ke Eropah dan Amerika Utara," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Najib tidak pernah tanya mengenai terlebih pengeluaran dalam akaunnya - Saksi

 
     

Rumah 20 peserta projek Mesej Abai, Kinabatangan dibina tahun ini

 
     

Saya tahu siapa dalang sebar video - Azmin

 
     

Kesungguhan pimpinan, ahli Bersatu harus kekal demi kelangsungan parti - Maszlee

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel