Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

16 cawangan TNB Perak siap siaga semasa Aidilfitri pastikan bekalan mencukupi


Tarikh kemaskini: 15/05/2019





IPOH, 15 Mei (Bernama) -- Sebanyak 16 cawangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Perak berada dalam keadaan bersiap siaga 24 jam sehari bagi memastikan bekalan elektrik dapat dinikmati pengguna sepanjang musim perayaan Aidilfitri nanti.

Pengurus Besarnya, Datuk Raja Abd Jalil Raja Zaid berkata pasukan teknikal merangkumi jurutera dan juruteknik bagi sistem voltan rendah dan tinggi akan berada dalam keadaan tunggu sedia di kesemua lokasi cawangan di negeri ini.

"Seperti mana lazimnya setiap tahun, kita akan memastikan bekalan elektrik terjamin mencukupi sebelum dan semasa musim sesuatu perayaan sama ada Aidilfitri, Tahun Baharu Cina atau perayaan lain kerana ketika itu penggunaan elektrik akan naik secara mendadak.

"Kita telah kenal pasti kawasan-kawasan yang menggunakan elektrik terlalu tinggi seperti di kawasan perkampungan atau taman perumahan yang mana kita mengambil persediaan dengan lebih awal  secara teknikal bagi memastikan semua pengguna menikmati bekalan elektrik secara berterusan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa TNB bersama pengamal media Perak yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Perak Abdul Yunus Jamhari.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

KYP Advanced Skills dialukan dalam penubuhan De' Royal Azizah Culinary School

 
     

Pindaan kaedah ujian memandu untuk laksanakan e-testing - Loke

 
     

Kejayaan sesuatu penyampaian diukur kepuasan pelanggan - Aminuddin

 
     

Pasukan bola sepak Sabah, peserta Unduk Ngadau sertai perarakan Hari Kebangsaan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel