Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

APM Kedah siap sedia hadapi air pasang besar waktu raya


Tarikh kemaskini: 16/05/2019





ALOR SETAR, 16 Mei (Bernama) -- Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan banjir kilat disebabkan air pasang besar di kawasan pesisir pantai pada sehari sebelum raya dan hari raya pertama nanti.

Ketua Bahagian Operasi Bencana APM Kedah Kapten (PA) Saifuddin Abdullah berkata ini kerana berdasarkan ramalan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dijangka berlaku air pasang besar mencecah sehingga 2.9 meter pada 4 dan 5 Jun, 2 petang di Langkawi, Kota Kuala Muda, Kuala Kedah dan sekitar Yan.

"Ia akan berlaku ombak tinggi yang mana contohnya saya boleh berikan ialah kalau merekodkan paras tertinggi air laut sebanyak 2.9 meter ini boleh melepasi ban jika di kawasan Kota Kuala Muda.

"Jadi, kita khuatir sekiranya hujan lebat pada dua hari tersebut, yang mana 5 Jun ini dijangkakan tarikh hari raya pertama, kita bimbang akan berlaku banjir kilat dan akan menjejaskan penduduk yang tinggal berdekatan pantai jikalau berlaku hujan lebat," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa APM Kedah di sini malam tadi.

Turut hadir pada majlis berbuka puasa itu Pengarah APM Kedah Left Kol (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub. 

Sehubungan itu, Saifuddin berkata pihaknya telah pun bersiap sedia dengan kekuatan 150 anggota yang akan bertugas menghadapi sebarang bencana pada hari raya nanti.

Selain itu, beliau turut menasihati penduduk yang tinggal di kawasan pesisir pantai terutamanya di empat kawasan berkenaan untuk berwaspada dan bersiap sedia dengan kejadian air pasang besar itu termasuk mematuhi arahan pihak berkuasa nanti.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Negara kehilangan seorang ikon pengguna dan alam sekitar

 
     

Kerajaan PH sasar 10 tahun perbaiki kepincangan dalam negara

 
     

Hakim mesti buat keputusan tepat untuk badan kehakiman kembali dipandang tinggi - Peguam Negara

 
     

Penjawat awam Pahang terima bonus raya RM600

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel