Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

746 premis pasar Ramadan Melaka diperiksa


Tarikh kemaskini: 16/05/2019





ALOR GAJAH, 16 Mei (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Negeri Melaka telah memeriksa sebanyak 746 premis atau gerai yang menjual juadah berbuka puasa di Pasar Ramadan di sekitar negeri ini dalam tempoh lapan hari bermula 6 Mei lepas, kata Exco Kesihatan dan Antidadah negeri Low Chee Leong.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 12 premis atau gerai makanan telah diambil tindakan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 kerana tidak mematuhi aspek kebersihan pengendalian makanan melibatkan kompaun berjumlah RM1,200.

"Berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan menerusi Op Ramadan sebanyak 743 premis atau gerai makanan memperoleh markah melebihi 80 peratus dan tiga premis mendapat antara 60 hingga 79 peratus.

"Kita juga telah mengambil 20 sampel makanan untuk dianalisis dan masih menunggu keputusan makmal," katanya pada sidang media di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah Kesihatan negeri Dr Rushdi Ramly.

Mengulas lanjut, Low berkata antara aspek kebersihan pengendalian makanan yang diperiksa ialah peniaga telah menjalani latihan pengendalian makanan, mendapat suntikan pelalian antitifoid, tidak memakai barang kemas seperti cincin, memakai apron dan tidak mendedahkan makanan yang dijual.

Beliau berkata operasi berkenaan akan diteruskan sehingga akhir Ramadan dan peniaga diingatkan mematuhi aspek keselamatan serta kebersihan makanan dan tidak menyediakan makanan untuk dijual terlalu awal bagi mengelak basi sehingga memudaratkan kesihatan pembeli.

Sementara itu, katanya tiga premis melibatkan dua hotel dan satu kilang ais di daerah Melaka Tengah telah diarah tutup kerana tidak mematuhi aspek keselamatan dan kebersihan makanan dalam Op Pra Ramadan yang dijalankan selama sebulan bermula 1 April lepas.

"Sebanyak 21 premis iaitu 11 kilang ais, hotel (lapan) dan kilang makanan (dua) di sekitar negeri ini telah dikenakan kompaun bernilai RM9,300," katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     

Seramai 70 peserta sertai Raleigh Borneo Expedition 2019

 
     

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel