Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Melaka sedia garis panduan bangun E-sukan


Tarikh kemaskini: 16/05/2019





MELAKA, 16 Mei (Bernama) -- Kerajaan negeri Melaka komited memperkasa pembangunan sukan elektronik (E-sukan) di negeri ini dengan menyediakan garis panduan bagi pengawalan dan reka bentuk pusat E-sukan bagi membangunkan sukan berkenaan terutama dalam kalangan generasi muda.

Ketua Menteri Adly Zahari berkata garis panduan itu termasuk kaedah pengurusan, aktiviti yang dibenarkan, tempoh masa dan kawasan operasi, larangan serta syarat am reka bentuk yang perlu dipatuhi oleh pengusaha dalam mengangkat sukan itu yang kini menjadi tumpuan golongan muda.

Beliau berkata Jawatankuasa Pemantau E-Sport Negeri Melaka (JPE-S) telah dibentuk dan akan dipengerusikan oleh Exco Komunikasi, Multimedia, NGO, Pembangunan Belia dan Sukan Melaka Kerk Chee Yee manakala Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Melaka Marina Nafi selaku Setiausaha.

?????"Jawatankuasa ini akan dianggotai oleh 12 anggota melibatkan pihak polis, bomba, pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan berkaitan bertepatan dengan hasrat kerajaan melahirkan lebih ramai bakat dan atlet dalam sukan tersebut yang boleh diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

"Lokasi bergantung kepada pihak pengusaha dengan syarat mereka perlu menitikberatkan aspek kesihatan dan keselamatan yang ditetapkan dalam mendidik atlet dan mereka berminat mengenai gaya bermain secara sihat," katanya pada sidang media Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Adly berkata Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) telah melaksana beberapa inisiatif berhubung keluhan peniaga bazar Ramadan Jalan Hang Tuah di sini yang didakwa 'lesu' dan gagal menarik perhatian ramai.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan kewujudan bazar Ramadan di lokasi tumpuan lain menjadi faktor selain memberi jaminan akan mempertimbangkan untuk menurunkan kadar sewa tapak kepada 65 peniaga dan penjaja di lokasi terbabit.

"Setakat ini, terdapat 87 premis perniagaan di lokasi tersebut yang mana 22 daripadanya tiada penyewa, namun kita bertindak membuka 12 daripadanya, manakala selebihnya ditutup dengan kanvas agar kelihatan lebih sistematik dan tersusun sebelum menggantikannya dengan perniagaan 'food truck'. 

"Selain itu, kita juga telah memasang kira-kira 400 kain rentang dan gegantung di sekitar bandar ini termasuk lampu keceriaan di lokasi terbabit. Cabutan bertuah bernilai RM2,000 akan diadakan pada hujung minggu ini," katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel