Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penganggur tikam imam, dipenjara tiga tahun, lima bulan


Tarikh kemaskini: 16/05/2019





BESUT, 16 Mei (Bernama) -- Padah menikam imam yang sedang membaca al-Quran, seorang penganggur dikenakan hukuman penjara tiga tahun lima bulan, oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh Muhammad Khairil Nawi, 23, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Raja Norshuziana Shakila Raja Mamat.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan ke atas Mohd Amin Md Nor, 38, menggunakan sebilah pisau pada 6.30 pagi Ahad (12 Mei) di Masjid Kampung Apal, Jerteh di sini.

Tertuduh dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara bermula hari ini.

Terdahulu tertuduh yang diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Mohd Fakhrul Fikri Mokhtar meminta hukuman yang seminima mungkin, memandangkan dia pada ketika kejadian mengalami tekanan perasaan dan menerima bisikan untuk melakukan kesalahan itu.

Tertuduh juga telah mengakui kesalahannya.

Pegawai Pendakwa Insp Norkhaizan Ramli meminta tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepadanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Negara kehilangan seorang ikon pengguna dan alam sekitar

 
     

Kerajaan PH sasar 10 tahun perbaiki kepincangan dalam negara

 
     

Hakim mesti buat keputusan tepat untuk badan kehakiman kembali dipandang tinggi - Peguam Negara

 
     

Penjawat awam Pahang terima bonus raya RM600

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel