Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dalang pengedar dadah di pusat hiburan di Miri ditahan


Tarikh kemaskini: 16/05/2019





MIRI, 16 Mei (Bernama) -- Polis Sarawak telah mematahkan satu kegiatan pengedaran dadah di pusat hiburan di sini, dengan penahanan sepasang suami isteri dalam satu serbuan dilakukan pada 10.15 malam semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak Supt Sahar Abdul Latif berkata, serbuan dilakukan di sebuah rumah di Taman Pelita dengan rampasan dadah jenis syabu, pil serta serbuk ecstacy dan ganja bernilai RM7,690.

"Suami berusia 38 tahun seorang penganggur, manakala isteri seorang suri rumah berusia 32, dan kedua-dua positif dadah setelah menjalani ujian saringan awal," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sahar berkata, kegiatan pengedaran dadah pasangan suami isteri tersebut dikesan mulai Mac 2018 dengan tumpuan utama di pusat hiburan di sini.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau suatu tempoh tidak kurang lima tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan," katanya sambil menyatakan serbuan dilakukan oleh pasukan JSJN Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sarawak.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

PLUS nasihat pengguna l/raya terutama motosikal jangan guna lorong kecemasan

 
     

Warga emas Darul Hanan teruja dapat rasai bubur lambuk resepi istana

 
     

Sindiket pemerdagangan manusia tumpas, enam termasuk tiga anggota polis ditahan

 
     

Dua belas pelajar MRSM Kuala Klawang terlibat kemalangan bas, SUV-MARA

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel